Blogger Templates

Followers

Sunday 22 May 2011

Ucapan Presiden QSEC

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Semesta Alam, juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga ke atas para sahabat Baginda serta mereka yang menuruti mereka dari semasa ke semasa hingga berakhirnya hari…

Alhamdulillah…

Segala puji bagi Allah SWT dengan limpah kurnia serta inayahNya terbina sudah laman Blog rasmi Kelab Keusahawanan Quran Sunnah (QSEC). Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli terutamanya mereka yang menyumbang tenaga menyiapkan laman blog ini. Mudah-mudahan dengan adanya laman ini akan memudahkan proses penyampaian maklumat kepada siswa dan siswi UIAM terutamanya mereka yang berada dalam Pengkhususan Ilmu Wahyu.

Dalam athar ada menyebutkan;

“ Satu persepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan.”

Perniagaan telah diamalkan sejak berzaman lagi yang dapat kita lihat dengan adanya sistem Barter dan seterusnya perniagaan melalui revolusi yang panjang hingga kini menggunakan sistem matawang. Secara kasarnya, perniagaan adalah salah satu jalan untuk memperolehi hasil atau memenuhi sumber kehidupan terutamanya di zaman moden ini yang kebanyakannya bergantung kepada matawang.

Seperti yang termaktub dalam lipatan sejarah Islam, Baginda Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang peniaga. Sejak dari kecil lagi Baginda SAW telah terlibat dalam dunia perniagaan dengan mengikut rombongan pak ciknya ke Syam dan beberapa tempat lagi untuk berniaga sehinggalah Baginda menjadi wakil untuk rombongan perniagaan Siti Khadijah, hampir 27 tahun. Baginda SAW menunjukkan kepada kita etika dalam perniagaan yang sebenar. Dan sesungguhnya Baginda SAW adalah contoh teragung dalam segala aspek kehidupan.

Arus kemodenan menyaksikan bidang keusahawanan semakin menjadi pilihan. Sepertimana yang dapat kita lihat hari ini, dunia keusahawanan dikuasai oleh golongan bukan Islam.  Bidang keusahawanan Malaysia dikuasai oleh kaum Cina sebahagian besarnya, dan China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia. Perkara ini secara tidak membawa kepada penuhnya bidang keusahawanan ini dengan pelbagai gharar dan tipu helah serta perkara-perkara yang melanggar syariat dan hukum yang telah ditetapkan di dalam Islam serta etika-etika perniagaan sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Muhammad SAW. Golongan kita kelihatan tersisih dan terpaksa mengikut arus semasa yang dipenuhi perkara-perkara yang bertentangan dengan agama kita sendiri. 

Atas kesedaran inilah QSEC ditubuhkan dengan agenda utamanya membina dan menimbulkan kesedaran serta menanamkan minat di kalangan siswa dan siswi terutamanya mereka yang berada di Kuliyah Pengajian Ilmu Wahyu untuk menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan. Penglibatan mereka yang berpengetahuan dalam menentukan halal haram sesuatu itu secara tidak langsung akan memurnikan lagi bidang keusahawanan dengan pengaplikasian hukum-hakam berteraskan syariat Islam, dengan syarat adanya kerjasama dan persefahaman serta kesepakatan ke arah tujuan yang sama.

Penubuhan QSEC juga bertujuan untuk membuka mata dan minda para siswa dan siswi bahawa bidang keusahawanan adalah antara jalan untuk memperoleh hasil dan pendapatan selain dari bekerja dengan gaji bulanan atau komisyen. Sesungguhnya telah terbukti bahawa sunnah Nabi SAW ini dapat memberikan pulangan berlipat kali ganda kepada mereka yang bersedia untuk menceburkan diri dan belajar.

Kekurangan latihan dan dorongan di kalangan siswa dan siswi pengajian Islam dalam bidang keusahawanan juga menjadi asbab utama penubuhan kelab ini. Dengan izinNya, sedikit sebanyak latihan berkonsepkan keusahawanan akan diadakan dari semasa ke semasa sebagai satu pendedahan dan dorongan kepada para siswa dan siswi untuk menceburi bidang keusahawanan.

Semoga dengan tertubuhnya Kelab Keusahawanan ini akan mampu mengubah persepsi siswa dan siswi terhadap bidang perniagaan. Tidak semestinya pengkhususan dalam bidang keusahawanan diperlukan bagi memulakan sebuah perniagaan, dengan adanya azam dan latihan yang berterusan mampu untuk membentuk satu karier perniagaan yang berjaya. 

Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan bagi memastikan objektif penubuhan Kelab Keusahawanan ini tercapai dan mampu untuk memberikan impak positif dalam dunia keusahawanan kelak. Semoga segala usaha serta penat lelah mereka yang terlibat dalam penubuhan kelab ini terutamanya barisan Penasihat diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran dan semoga usaha ini diberkati oleh Allah SWT hendaknya.

Wassalam….  

-Mohd Faiz B. Mohd Radzuan (Presiden QSEC)

Friday 6 May 2011

New Line Up QSEC 2011 / 2012

ADVISOR 
Dr. Che Omar bin Haji  Awang
Dr. Sofiah bt. Samsudin


PRESIDENT
Mohd Faiz B. Mohd Radzuan (4th year)
                
VICE PRESIDENT
Lutfatul Zahrah Bt  Luqman (2nd year)
               
SECRETARY
                      Busyra Bt Hj Muhamad (3rd year)                         

VICE SECRETARY 
        Wan Lailatul Munirah Bt Hairudin (1st year)        

TREASURER
 Nurul Shahida Bt Ali (4th year)

VICE TREASURER
Siti Mariam Bt Abdul Ghani (1st year)

LEADERSHIP & TRAINING BUREAU
Nur Aisyah Bt Mohd Radzi (1st year)
 Nur Damia'  Bt Rahim (1st year)

PUBLIC RELATION BUREAU
Wan NurulHusna Bt Wan Mat (1st year)
          Wan Hazwani Bt Wan Mohd Nasir (1st year)         

WELFARE BUREAU
Sharifah Fatimah Bt Syed Mohd Zain (1st year)
Nurul 'izzah Bt Mohd Razduan (1st year)

SPECIAL TASK BUREAU
Mohd Imran B Mohd Nasir (2nd year)
Nur Ezzati M.Taib (1st year)